Kalau suara dah sedap, apalah sangat setakat menyanyi sambil kayuh basikal kan?

Itulah yang dilakukan penyanyi dari Amerika Syarikat (AS), Jason Mraz pada sesi bertemu media di belakang pentas Axiata Arena, Bukit Jalil.

Malah lebih istimewa, Jason turut menunaikan impian 10 pelajar Orang Asli dari Akademi Inovasi SOLS (SOLS.ai) dengan menyanyi bersama mereka lagu I’m Yours pada sesi tersebut.

Jason bertandang ke Kuala Lumpur untuk konsert Jason Mraz Good Vibes Tour in Kuala Lumpur, yang berlangsung malam semalam. – MHE TV

Iklan