Bintang Tiktok berusia 17 tahun, Nismell yang dikaitkan mempunyai skandal dengan penyanyi Aliff Aziz menafikan pembabitannya menerusi sedutan klip IG Story yang dikongsinya malam tadi.

Gadis Iban berasal dari Sarawak itu ketika ditanya soalan berhubung Aliff mendakwa bahawa dia tidak tahu menahu tentang penyanyi tersebut.

“Kau tanya aku kenapa? Aku tak tahu, aku tak jaga orang.

“Aliff Aziz yang mana ek?” jawabnya ringkas terhadap soalan ditanya oleh pengikut laman Instagram miliknya menerusi ruangan Ask Me Question.

Bahkan berdasarkan satu lagi klip, Nismell juga menepis dakwaan dia sedang berada di sisi artis yang berasal dari Singapura itu.

“Bila masa aku lepak dengan Aliff? Otak kau patut kena hempuk!” tempelaknya kepada pengikut yang bertanyakan satu lagi soalan.

Semalam, nama Aliff heboh diperkatakan setelah gambarnya bersama Nismell yang tidak berbaju tular dalam media sosial. – MHE TV

Iklan