Terbuka berkongsi tentang kebahagiaan baharu namun Kak Lina masih merahsiakan identiti teman istimewanya.

Kita lupakan kisah panas Elly Mazlein tahun lalu, cukup-cukuplah cerita hangat antara pelakon popular ini dengan bekas suaminya.

Tapi apa yang lebih panas apabila Elly atau lebih senang digelar Kak Lina Pom Pom terang-terangan mengaku hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang jejaka.

Ramai peminat gembira dengan berita tersebut namun ada juga segelintir netizen yang tertanya-tanya, siapa gerangan lelaki yang berjaya mencuri hati Kak Lina itu.

Tapi ada juga yang kata Kak Lina propa sahaja? Betul ke? Jom tanya tuan punya badan!- MHE TV

Iklan