Pengaruh dan populariti lagu-lagu K-Pop di masa kini memang tidak dapat dinafikan. Buktinya, ramai peminat tampil dengan kegigihan mereka menghasilkan video parodi.

Selain video mak-mak ajak tarawih versi Blackpink yang menjadi tular, satu lagi video kali ini dari kumpulan BTS (Bangtan Boys) versi Ramadan turut menjadi bualan hangat warganet.

Ia adalah hasil kreativiti sekumpulan anak muda di Bandung yang menggelarkan diri mereka DTS.

Video bertemakan puasa yang bertajuk Laper (lapar) itu tular dan setakat ini sudah mendapat lebih satu juta tontonan sejak dimuat naik dalam saluran YouTube eJPeace pada 6 Mei lalu.

Selain meniru gaya dan aksi tarian BTS dalam lagu Fire, lirik serta aksi lucu dan selamba kumpulan anak muda itu dalam video tersebut turut mengundang gelak penonton.

Tak kurang, ramai yang memuji kerana usaha kumpulan ini meniru adegan-adegan sama di dalam muzik video asal.

DTS sebelum ini pernah mencuri perhatian warganet dengan video parodi lagu Solo nyanyian Jennie (Blackpink). Video bertajuk Jomblo yang dimuat naik dalam YouTube itu mendapat lebih empat juta tontonan. – MHE TV

Iklan