Trending Tular Video

[VIDEO] Budak 19 bulan berlari kaki ayam dalam cuaca sejuk

Seorang pemandu bas di Milwaukee, secara tidak sengaja ternampak seorang kanak-kanak perempuan berlari dengan berkaki ayam dalam cuaca yang sangat sejuk.

Irena Ivic yang pada ketika itu sedang bertugas, terkejut dengan situasi itu dan serta-merta berhenti bagi mendapatkan kanak-kanak tersebut.

“Saya bersyukur kerana berada di tempat yang betul pada waktu yang tepat. Saya terus meluru ke arahnya dan mendukungnya masuk ke dalam bas. Badannya sangat sejuk.

“Tangan saya menggigil melihatkan keadaan kanak-kanak ini yang berlari dengan keadaan berkaki ayam dalam cuaca sejuk begini,” katanya.

Menurut polis, punca sebenar kanak-kanak yang berusia 19 bulan itu berada di luar kerana ibunya menghadapi masalah mental. Kini kanak-kanak itu sudah diserahkan kepada bapa kandungnya. – MHE TV

Sumber CNN

Iklan
Ruang komen