Tatkala diaju soalan tentang anaknya, Idris, air mata penyanyi popular, Misha Omar bagai sudah bersedia tumpah. Dia sukar menahan emosi.

Mengimbas kembali pengalaman melahirkan dan menjaga anugerah tuhan yang lahir pramatang itu, Misha mengakui mentalnya tidak kuat dan dia sedar, bukan mudah untuk reda dengan ujian.

Acap kali dia menyoal diri sendiri, sampai bila harus dia hadapi ujian itu. Hari demi hari, hanya kekuatan diri dan sokongan menjadi sandaran untuk bertahan.

Dua tahun menyimpan cerita, akhirnya Misha membuka gelanggang bicara. Ikuti luahan hati penyanyi yang bakal berentap di pentss Anugerah Juara Lagu ke-33 awal Februari nanti.

Iklan