Setiap pasangan yang berkahwin, pastilah menginginkan zuriat sebagai penyeri alam rumahtangga.

Namun tidak semua yang bertuah dapat merasai status sebagai ibu bapa dalam tempoh yang awal.

Bagi penyanyi dan pelakon, Marsha Milan tidak pernah merasa marah atau tertekan dengan soalan yang dilontarkan tentang isu anak.

Namun pada pandangannya, setiap soalan yang diutarakan seharusnya biarlah kena dengan tempat dan beradab.

Marsha yang ditemui MHE TV pada majlis iftar penyanyi -penyanyi lagu tema Nur iaitu Indah Ruhaila, Amylea, Marsha dan Idayu bersama peminat di Meet & Dine, Bandar Sungai Long.

“Sebenarnya, dah tak kisah dan tak kuasa tentang soalan itu. Tak kiralah sebelum raya pun, tetap ada yang bertanyakan pasal anak.

“Saya dah tahu soalan apa yang akan ditanya. Saya tak marah kerana orang menunggu untuk khabar yang baik.

“Namun tanpa disedari hati kita terguris la. Soalan tu boleh ditanya tapi biarlah dengan pendekatan atau cara yang betul,” ujar Marsha yang merupakan penyanyi lagu Bimbang bagi lagu runut (ost) drama Nur 2.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam, seorang ahli perniagaan pada Disember 2015. – MHE TV

Sumber gambar: @nazreen.amran / @mhaakim_

Iklan