Trending Tular Video

[Video] Camnilah jadinya bila biri-biri nak jadi anjing

Biri-biri ini berkebolehan menggonggong kayu, melompat dengan menggunakan kaki belakang serta mampu menyalak seperti anjing biarpun bunyinya kedengaran agak pelik.

Itulah Jack, seekor biri-biri yang membawa perwatakan seperti seekor anjing. Pelik bukan?

Haiwan istimewa ini dibesarkan oleh keluarga Alison Sinstadt di sebuah ladang yang terletak di Market Drayton, Shrophire, England.

Semasa berada dalam kumpulan biri-biri lain, Jack berlagak seperti seekor anjing dan cuba menggembala haiwan tersebut di padang ragut.

Sebenarnya, Jack jadi begini disebabkan kecelaruan identiti yang mungkin disebabkan oleh cara penjagaannya semasa kecil, dedah Sinstadt.

Pada ketika itu, ia membesar bersama sepasang anjing peliharaan tuannya. Mungkin disebabkan hubungan baik sepasang anjing spesies Springer Spaniel menjadi punca utama yang menyebabkan terjadinya ciri-ciri baru pada kambing biri-biri ini.

Menurut Sinstadt, Jack dan sepasang anjing belaannya sentiasa bersama-sama walau ke mana saja. Malah, haiwan itu turut berkongsi tempat tidur yang sama.

Biarpun berlagak seperti anjing, Jack masih mengamalkan diet memakan tumbuh-tumbuhan. Dan hanya inilah satu-satunya sifat haiwan biri-biri yang masih dikekalkan oleh Jack.-MHE TV

Iklan
Ruang komen