Alahai, kalau suara dah merdu bak buluh perindu tu, bila panggil nama anak pun, sedap je dengar.

Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert jelajah siri kedua di Singapura, menunjukkan sisi ‘nakalnya’ sebelum membuat persembahan.

“Siti Aafiyah, anak ibuuu! Kan tak sama kan dengan Sherry? Aafiyah anak ibu..

“Sherry cakap Aafiyah anak ibu. Saya sebut Aafiyah anak ibu sayangggg…” kata Siti ketika mengajuk dialog Sherry Alhadad pada Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33).

Aksi Sherry Alhadad yang meniru gaya Siti memanggil Aafiyah, mendapat perhatian pelantun lagu Anta Permana itu menerusi perkongsian Insta Story miliknya.

Siti yang anggun dalam persalinan dress merah rekaan Qudyn, turut membawa anaknya, Siti Aafiyah dalam rangka jelajah konsertnya di Singapura. -MHE TV

Iklan