Gelagat pelakon popular Janna Nick yang terpaksa menunggang motorsikal akibat kesesakan lalu lintas meraih perhatian netizen yang rata-rata menganggap pelakon itu sebagai artis yang sangat comel!

Dalam perkongsian video di laman sosialnya, Janna terpaksa menunggang motorsikal kerana risau lewat sampai ke sebuah majlis.

Janna ketika dihubungi MHE TV berkata, dia bersyukur selamat sampai pada waktu yang dijanjikan dan menganggap itu sebagai satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Sebagai artis, kita kena jaga disiplin dan kalau boleh, saya tak mahu lewat sampai ke majlis tersebut. Bila lalu lintas terlalu sesak, saya ambil keputusan untuk naik mototsikal sahaja.

“Pelakon selalunya keluar awal pagi dan balik pun lewat malam. Jarang tersekat dalam kesesakan, jadi bila berdepan dengan keadaan itu, kena cari pelan lain lah,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab kecaman segelintir netizen yang mengecam tindakannya sebagai mencari publisiti, Janna hanya tergelak kecil.

“Nama pun netizen, buat apa pun ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Jadi, kita fokus yang suka sahaja okay?” katanya.- MHE TV

Iklan