Keluarga bahagia pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya selalu menjadi perhatian ramai yang suka melihat perkembangan puteri kesayangan pasangan selebriti ini iaitu Lara Alana yang semakin aktif dan bijak.

Menjengah usia lima tahun, tidak dinafikan populariti Lara seolah-olah mengatasi ibu bapanya sejak hari pertama dia dilahirkan. Lara cukup disayangi ramai kerana gelagatnya yang cheecky dan cukup menghiburkan.

Ketika pasangan ini menghadiri majlis sambutan hari jadi anak kepada seorang teman, tuan rumah telah menganjurkan pertandingan lumba basikal untuk anak-anak. Lara yang mengambil bahagian dalam acara tersebut telah muncul sebagai pemenang.

Awal, Scha dan Lara ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi anak kepada kenalan mereka.

Semangat Lara nak berlumba…tak sangka akhirnya jadi juara.

Menerusi satu video yang dimuat naik dalam laman Instagram Lara Alana, netizen terhibur melihat gelagat si ayah, Awal yang memang terkenal dengan sikap suka mengusik si buah hatinya yang satu itu.

Lara muncul sebagai juara acara racing strider bike.

Usikan Awal mengatakan Lara tidak melakukan yang terbaik telah membuatkan Lara menangis sebelum Lara diumumkan sebagai juara. Sampai hati daddy sakat Lara…haha. Seronok Min tengok keluarga Awal dan Scha. – MHE TV

 

Ruang komen
Iklan