Tanggal 18 November, saingan di litar Valencia akan menjadi perlumbaan terakhir buat penunggang Honda, Dani Pedrosa. Naib juara tiga kali Moto GP Dunia dari Sepanyol akan mengumumkan persaraan daripada sukan tersebut.

Maklumat dikongsi dalam laman Facebook rasmi Moto GP 12 jam yang lalu.

“Selepas memenangi 54 kali Grand Prix, 31 kali menang Moto GP, 153 kali podium, 3 kali juara dunia, Dani Pedrosa akan mengakhiri kariernya di litar Valencia, minggu ini”, memetik status terbaru di Facebook Moto GP.

Perkongsian di laman Facebook itu turut memaparkan satu rakaman video ‘tibute’ ke atas juara tersebut. Ia memaparkan kisah penglibatan Pedrosa dalam sukan permotoran berprestij itu.

Sebelum itu, Pedrosa telah menyatakan hasrat untuk berhenti berlumba pada Julai lalu. Ternyata, keputusan itu mengejutkan ramai peminatnya di seluruh dunia.

Khabarnya, tempat pelumba kelahiran Sabadell, Sepanyol ini bakal digantikan oleh Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati.-MHE TV

Sumber gambar: Utusan

Iklan