Hiburan Trending Video

[VIDEO] “Dapat juga Shuib berlakon dalam video klip walaupun…” – Zulin Aziz dedah wajah pelakon MV Semakin

Katanya kemelut pemilihan pelakon lelaki untuk membintangi klip video Semakin nyanyian Siti Sarah akan didedah menerusi satu sidang akhbar dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, hari ini menerusi laman Instagram milik Zulin Aziz, artis serba boleh itu terlebih dahulu mendedahkan wajah pelakon lelaki berkenaan.

Akhirnya, suami kepada Sarah iaitu Shuib Sepahtu yang sebelum ini ditolak mentah-mentah oleh penyanyi tersebut berjaya membuat kemunculan pertamanya dalam muzik video lagu ciptaannya itu.

“Saya sengaja ambil kesempatan ini untuk menunaikan impian Shuib memandangkan saya dan Sarah berkawan baik.

“Pun begitu, video yang saya hasilkan ini bukanlah klip sebenar untuk lagu Semakin, cuma sekadar suka-suka,” jelas Zulin ketika ditemu bual menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Menurut Zulin, video pendek itu menampilkan dua rakan baiknya yang juga pelakon iaitu Emelie Haniff dan Leyla Krisya sebagai bintang utama.

Manakala kelibat wajah Shuib hanya kelihatan pada wallpaper telefon bimbit yang dipegang oleh Leyla di penghujung video.

Selain itu, Sarah juga turut berkongsi klip berkenaan pada laman Instagram miliknya.

“Akhirnya, dapat juga Shuib berlakon dalam video klip Semakin walaupun…” antara komen yang ditulis pengikutnya. – MHE TV

Iklan
Ruang komen
  Niat nak inspirasi tapi tudung Zulin pula disalahkan