Masih ada rindu dan cinta yang tersisa meskipun sudah bercerai. Demi anak-anak juga penyanyi Daus Eli mengharap hubungan dia dan isteri kembali bertaut.

Bekas peserta Akademi Fantasia 8 ini sah bercerai dengan isteri, Syaza Shamimi pada 1 Februari lalu. Rumah tangga yang dibina pada tahun 2013 itu nampaknya tidak bertahan lama.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Delysha Senzela, 5, Myesha Sehrish, 3, dan Ayesha Sheraz yang kini berusia satu bulan.

Bercakap kepada MHE TV, Daus memberitahu dia sentiasa menghubungi bekas isteri dan mencari jalan agar kembali bersama. Dia tidak mahu anak-anak membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. – MHE TV

Iklan