Seorang peserta gusti kulit hitam dari sebuah sekolah tinggi Amerika Syarikat (AS) terpaksa memotong rambut ‘dreadlocks’ sebagai syarat yang perlu diikuti jika mahu terus bertarung dengan lawannya.

Memetik laporan TMZ Sports, Andrew Johnson mewakili sekolah tinggi dari New Jersey itu telah diberi kata dua oleh pengadil perlawanan, Alan Maloney.

Pengadil berkenaan memberitahu Johnson supaya memilih dua syarat yang diberikannya iaitu memotong rambut atau diisytiharkan kalah.

Peserta gusti itu memilih untuk memotong rambut. Biarpun tanpa kerelaan, dia tiada pilihan dan terpaksa berbuat demikian.

Ketika perlawanan berlangsung, Johnson berjaya menumbangkan lawannya.

Menerusi satu rakaman video, rambut peserta gusti itu telah dipotong oleh seorang pembantu pasukannya.

Video tular di media sosial itu mendapat reaksi orang ramai. Ramai yang mengecam tindakan tersebut dan melabel pengadil perlawanan sebagai rasis.- MHE TV

Iklan