Trending Tular Video

[VIDEO] Dua bulan kanak-kanak ini sengsara bernafas bunyi ‘wisel’

Seorang bapa, Subandi yang berasal dari Bandung, Indonesia tidak menyangka bunyi nyaring yang pelik didengari ketika anaknya bernafas rupanya berpunca daripada wisel kecil yang tersangkut pada kerongkong. 

Menurutnya, bunyi tersebut kerap didengari setiap kali anaknya, Asep Yaya, 9, kepenatan dan ketika dia sedang tidur, lapor Kompas.com.

Tambahnya, wisel berkenaan secara tidak sengaja telah ditelan oleh anaknya ketika sedang bermain. 

Difahamkan, ia sejenis wisel yang terdapat pada bahagian tapak kasut bayi. 

Disebabkan bunyi pelik itu, anaknya mengadu sering diejek oleh rakan-rakan di sekolah.   

Tambah Subandi, biarpun ia tersangkut di bahagian kerongkong selera makan anaknya tetap sama seperti sebelum ini.

Difahamkan, wisel terbabit melekat di bahagian kerongkong anaknya selama dua bulan. 

Bagaimanapun, ia berjaya dikeluarkan menerusi prosedur bronkoskopi di hospital.-MHE TV

Ruang komen