Baru melancarkan single, Hanya Mimpi baru-baru ini, ramai peminat tidak menyangka rupa-rupanya semua ahli kumpulan Caliph Busker boleh menyanyi dengan baik.

Malah semasa kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-33 baru-baru ini, mereka juga mendapat pujian peminat apabila dapat menyanyikan 12 lagu yang bertanding dengan baik sekali dalam video yang dimuat naik.

Tapi apa yang membuatkan mereka tampil menyanyi selepas beberapa tahun menyembunyikan bakat masing-masing. Jom kita dengar jawapan dari mulut mereka sendiri.- MHE TV

Iklan