Lelaki yang membuli seorang promoter bir di sebuah pasar raya selain melemparkan kata-kata kesat akhirnya memohon maaf secara terbuka atas tindakannya itu.

Dalam video yang dikongsi di Facebook, lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Eddy Rejang berkata, dia mengakui kesilapannya dan menyesali tindakkannya itu.

“Saya yang dikenali sebagai Eddy Rejang membuat permohonan maaf secara terbuka, kepada semua rakyat Malaysia dan terutama kepada promoter perempuan tersebut.

“Saya akui, kesalahan saya dan amat menyesal atas tindakkan saya kepada promoter perempuan tersebut,” katanya.

Oleh itu, dia berharap isu itu tidak akan dipanjangkan oleh mana-mana pihak, kerana katanya, dia telah bertemu MP Kepong, Lim Lip Eng dan meminta maaf kepadanya.

Eddy menambah, Lim dikatakan akan mengaturkan satu pertemuannya dengan promoter tersebut secepat mungkin. – MHE TV.

Iklan