Hiburan Trending Video

[VIDEO] “Eh Wan, lu tak ada kenal ke itu manager kasino Genting sana?”

Cef selebiti, Chef Wan hari ini berkongsi kegembiraan menyambut kedatangan ibu saudara dan sepupunya dari Singapura.

Kesemua mereka singgah di rumah Chef Wan sebelum pergi ke Genting Highland untuk berhibur.

Dalam video yang dimuat naik Chef Wan menerusi laman Instagram, jelas terpancar kegembiraan di wajah ibunya apabila dapat bertemu adik beradiknya.

Malah, ibu saudara Chef Wan sempat bergurau padanya dengan bertanya sama ada beliau mengenali mana-mana pengurus kasino.

Gelagat Chef Wan ini mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-rata daripada mereka memberikan pujian kepadanya  kerana melayan tetamu dengan baik.

Perkongsian tersebut membuatkan netizen terhibur dengan keletah bersahaja chef selebiriti itu.

Jom tonton video Chef Wan yang sangat mencuit hati ini. –MHE TV

Iklan
Ruang komen