Hari pertama di tahun baharu dan dalam hening waktu Duha, pelakon Elfira Loy memilih untuk melangsungkan hari bersejarah dalam hidupnya bergelar isteri kepada Muhammad Khairol Faris Anuar dengan sekali lafaz.

Dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, ijab dan kabul berlangsung dalam sebuah majlis tertutup di Cyberview Resort, Cyberjaya dan hanya dihadiri keluarga serta rakan terdekat kedua belah pihak.

Elfira dan Faris yang berkenalan tidak sampai setahun itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018 lalu. Jom tonton sekitar majlis pernikahan dua mempelai ini. Semoga berbahagia hingga ke syurga. – MHE TV

Sumber gambar: Instagram @elfiraloy, @sweetlictures_kl, @_anisskiss, @ahmadezzrinloy @sweetqismina @sariyanti @walimatuluruselfaris @elfiraxfaris @cstproduction @project2pi

Iklan