Hiburan Trending Video

[VIDEO] Elvina maafkan suami dan orang ketiga

Tidak mahu memanjangkan isu berkaitan orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya, Datin Elvina Mohamad menjelaskan, dia kini lebih senang memaafkan semua pihak termasuk suaminya, Datuk Mohd. Haniff Borhan.

Jelas Elvina, 24, dua bulan selepas kejadian itu berlaku, dia dan suaminya kini lebih memahami cabaran dalam berumah tangga selain akan sentiasa mengamalkan sikap berbincang dalam sebarang situasi selepas ini.

“Semua orang melakukan kesalahan dan saya memilih untuk melupakan termasuk memaafkan suami dan pihak di sebelah sana.

“Apa yang berlaku sebenarnya mempunyai hikmah dalam menguatkan lagi hubungan kami suami isteri,” katanya.

Elvina ditemui pada majlis aqiqah anak pertamanya, Karl Mateen yang diadakan pada malam Jumaat. – MHE TV

Iklan
Ruang komen