Jenayah Trending Video

[VIDEO] Episod 2: Al- Maunah: Menyingkap tragedi berdarah Bukit Jenalik

Sedikit informasi tentang Al- Maunah

• Merupakan sebuah organisasi pengganas militan yang berasal daripada sebuah pertubuhan silat. Objektifnya menggulingkan kerajaan Malaysia.

• Diketuai oleh Mohd Amin Mohd Razali yang memimpin kumpulan termasuk seorang pegawai Tentera Darat Malaysia berpangkat Mejar.

• Pada 2 Julai 2000, Al Maunah menggunakan helah berpakaian pegawai kanan tentera dengan kenderaan tentera palsu melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah sebelum melarikan senjata dan peluru di kem tersebut. 

• Anggota Al- Maunah menawan dua anggota polis iaitu Detektif Mohd Shah, Detektif Koperal R. Sanghadevan, seorang penduduk kampung, Jaafar Puteh dan seorang komando Grup Gerak Khas, Truper Matthews anak Medan. Namun, Trupper dan Sanghadevan terkorban, dibunuh kejam. 

• Mahkamah Tinggi pada 28 Disember 2001 menjatuhkan hukuman mati ke atas Mohd Amin selepas mendapati dia terlibat untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan atas nama jihad.

• Mohd Amin dihukum gantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh. Tiga lagi ahli kumpulan iaitu Zahit Muslim, Jamaludin Darus dan Jemari Jusoh turut dihukum gantung sampai mati.

Ruang komen