Apa yang akan anda lakukan sekiranya tidak dibenarkan memasuki keretapi hanya disebabkan durian? Anda tinggalkan durian itu atau habiskannya di situ juga?

Nah, tindakan ekstrem seorang wanita di China ini pasti membuatkan mata terbuntang luas. Wanita ini menggunakan gergaji untuk membelah durian tersebut dan menghabiskan keseluruhan buah itu hanya dalam 10 minit! Hebat bukan?

Wanita ini menggunakan gergaji untuk membelah buah durian.

Kejadian ini dikatakan berlaku di stesen keretapi bandar Zhejiang, Quazhou, China apabila wanita tersebut ditahan daripada menaiki keretapi setelah pihak keselamatan mendapati terdapat durian di dalam begnya.

Dan apa yang paling menarik, wanita itu sempat menaiki keretapi mengikut masa selepas menghabiskan duriannya. Fuhh, dah macam pertandingan pula kan.

Ini bukanlah kali pertama kejadian pengguna dilarang daripada menaiki keretapi disebabkan durian.

Menurut laporan Shanghaiist, pada 2016, seorang wanita pernah cuba menghabiskan lima kilogram durian di stesen Anhui namun terpaksa berhenti apabila hidungnya mula berdarah.

Pada tahun 2017 pula, seorang wanita terpaksa melepaskan dua biji durian apabila ditahan di stesen keretapi Sichuan. -MHE TV

Sumber says.com / Gambar sumber Pear Video / NextShark

Iklan