Kalau dah kaya tu, memang bertuah la badan kan. Nak beli apa-apa pun boleh. Zass, sekali petik jari je terus ada depan mata. 

Dan kekayaan yang dimiliki Kylie Jenner ini sememangnya dicemburui ramai. Bertambah cemburu la peminat Kylie apabila beg tangan pertama Stormi Webster mungkin daripada Birkin!

Kylie memberitahu perkara tersebut di dalam sebuah video yang memaparkan lawatan ke ruang khas yang memaparkan koleksi beg tangan miliknya. 

“Birkin mini ini pastinya saya akan bagi untuk Stormi pakai apabila dia bertanya tentang beg. Mungkin yang ini akan jadi beg pertamanya,” kata Kylie. 

Bertuahlah badan Stormi. Walaupun masih kecil, tetapi sudah merasa memakai barangan berjenama. – MHE TV

Sumber instyle.com

Iklan