Jenayah Trending Tular Video

[VIDEO & GAMBAR] Kasihan pengantin baru ni, tengah syok potong kek keluar isi polisterin!

Memang disaster betul! Kemeriahan sambutan mempelai dari Filipina dikejutkan dengan insiden yang boleh MHETV anggap paling memalukan…

Bayangkan, sebelum majlis berlangsung pengantin baru itu telah membayar sejumlah wang sebanyak 140,000 peso (RM11,000) kepada seorang perancang perkahwinan. Malangnya, bayaran dibuat itu tidak setimpal seperti yang dijanjikan.

Lebih menyedihkan, pengantin berkenaan bernama Shine Tamayo, 26  dan suaminya, Jhon Chen, 40, terpaksa menanggung malu di hadapan tetamu yang hadi ke majlis perkahwinan mereka.

Memetik laporan portal luar negara, Daily Mail, insiden memalukan itu berlaku selepas pengantin berkenaan selesai upacara perkahwinan di gereja. Mereka kemudiannya di bawa ke sebuah hotel terletak di Pasig untuk meraikan majlis resepsi.

Setibanya di situ, Tamayo dan Chen bagaikan tidak percaya tetamu yang hadir tidak dihidangkan sebarang makanan oleh pihak perancang perkahwinan tersebut.

Tak mengapa, pengantin terbabit masih boleh bersabar lagi. Mereka kemudiannya meninggalkan majlis seketika untuk membeli juadah ke sebuah restoran. Difahamkan, ia berupa  mee, nasi dan lauk-pauk serta minuman berperisa anggur.

Baru habis bab itu, pengantin baru diduga lagi satu ujian yang menyebabkan muka mereka merah padam. Ia terjadi ketika mereka berdua hendak menyelesaikan acara memotong kek dua tingkat yang ditempah.

Saat mereka berpegangan tangan antara satu sama lain, pisau pemotong kek diacukan ke tingkat pertama kek. Ok, ia berjaya dipotong.

Masa hendak terus memotong tingkat dua kek itu, pisau yang dipegang mereka gagal dan tersekat. Bila diperiksa rupa-rupanya, ia bukan kek adik ooii tapi, polisterin yang disadur dengan aising berwarna merah.

Agak-agak anda apa jadi pada pengantin terbabit?

Mestilah sedih dan yang paling terkesan ialah pengantin perempuan. Dia kelihatan menangis sambil menutup mukanya kerana berasa sangat malu dengan tetamu.

Akui Tamayo, seumur hidup tidak pernah dimalukan sebegini. Sepatutnya majlis perkahwinannya diabadikan sebagai kenangan terindah, tapi ia bertukar mimpi ngeri.

Susulan kejadian itu, keluarga pengantin dan tetamu bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Tidak lama selepas itu, perancang perkahwinan bernama Krissa Cananea berjaya diberkas dan bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu.-MHE TV

Sumber video/gambar: Media sosial

Iklan
Ruang komen