Trending Tular Video

[VIDEO] ‘Gamer’ online bertemu jodoh dengan pembantu rumah dari Filipina

Si lelaki merupakan seorang ‘gamer’ profesional yang berasal dari Amerika Syarikat. Manakala, si perempuan yang berasal dari Filipina bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi. 

Hendak dijadikan cerita, dua orang individu ini mula berkenalan menerusi platform permainan atas talian iaitu RPG Online. 

Entah macam mana, Triston Wallin, 21, dan pasangannya, Samra Macalimpas Mohamad, 23, kemudiannya jatuh cinta antara satu sama lain.  

Wah!

Sejak mula berkenalan pada Jun 2017 lalu, pasangan kekasih ini memutuskan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius lagi iaitu berkahwin. 

Syukur, pada Disember tahun lalu mereka akhirnya menjadi pasangan suami isteri yang sah!

Difahamkan, pasangan suami isteri muda itu melangsungkan perkahwinan mereka di Filipina. 

Siapa sangka, Triston dengan sepenuh hati memutuskan untuk memeluk agama Islam selepas Samra menerima lamarannya. 

Khabarnya, ‘gamer’ profesional ini berhajat untuk membawa pulang isterinya menetap sebagai warganegara di Amerika Syarikat (US). –MHE TV

Iklan
Ruang komen