Tular baru-baru ini apabila didedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab menyewakan bantal angin yang mengeluarkan cahaya untuk pasangan bercinta memadu asmara.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Pantai Klebang, Melaka seperti pendedahan yang dibuat Facebook Streetlah Melaka pada 12 Mei lalu.

Ikuti laporan dari Facebook Streetlah Melaka di bawah tanpa sebarang suntingan.

“Maksiat di malam RAMADAN.

Astaghfirullah.. Malam RAMADAN tadi dicemari maksiat..
Anak muda Islam dan Melayu kita buat ‘projek’ atas bantal bercahaya.

INI BULAN RAMADAN..!!! bulan yang DIBERKATI

‘Couple’ berkhalwat atas bantal cahaya di pantai Klebang Melaka. Bebas sebebasnya memadu asmara. Tanpa takut diserbu.

Maksiat ini jelas di tempat AWAM dan TERBUKA.. PANTAI KLEBANG.

SEMAKIN TUMBUH BAK CENDAWAN,

KAMI LERAIKAN DATANG PULA COUPLE BARU..

Ada pengusaha yang tak bertanggungjawab menyewakan bantal cahaya ni kepada pelanggan yang rata-ratanya ‘couple’. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal,di sua tempat selesa untuk ‘couple’ melampiaskan hawa nafsu…Ala hotel bajet berbumbung langit…

Berpuluh bantal cahaya, didapati kebanyakannya adalah pasangan yang belum kahwin..

Melakukan aksi sumbang atas bantal.. Sehingga kehadiran kami dekat mereka tidak lagi disedari…

INI BULAN RAMADAN.. Kalau hari lain pun tetap haram keadaan ini..

Ada juga pasangan cina yang overdose berpelukan dan #*&£#.
Walaupun kamu bukan Islam tetapi ini PANTAI AWAM.
KELAKUAN TAK SENONOH TEMPAT AWAM.

Perkara ini telah berlarutan 1 tahun lebih, namun tiada tindakan oleh mana mana pihak untuk menghentikan kegiatan ini. Usahkan siang pun jika couple duduk pasti melekat, bayangkan dalam malam gelap…benar benar mengundang zina dan gejala salah laku moral yang serius di kalangan remaja.

Kami sertakan gambar dan video bukti aktiviti maksiat di tempat terbuka dan awam di pantai Klebang.

Semoga pihak berkuasa dan kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini…

KERAJAAN NEGERI MELAKA MOHON AMBIL TINDAKAN TEGAS DENGAN SEGERA….

KAMI RAKYAT MELAKA BENCI MAKSIAT.”

Turut disertakan video dan gambar tidak senonoh pasangan-pasangan yang berjaya di tarbiah.

Semalam, laman Facebook tersebut melaporkan isu tersebut berjaya diselesaikan dengan tindakan pantas oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Alhamdulillah, kes bantal maksiat klebang selesai. Syabas MBMB atas tindakan segera. Tahniah kerajaan negeri Melaka atas keprihatinan terhadap isu maksiat,” katanya. – MHE TV

Sumber gambar: Streetlah Melaka

Iklan