Tular sejak beberapa jam yang lalu gambar dikatakan mirip pelakon Emma Maembong dalam keadaan seksi yang mendedahkan bahagian aset wanita. 

Walau bagaimanapun, pelakon itu telah tampil menjawab spekulasi tersebut menerusi Instagram Story miliknya. 

Tambah Emma, jika benar itu adalah gambarnya, dia sesekali tidak akan menafikan perkara tersebut malah bersedia untuk mengaku.

Emma kesal dengan penularan sekeping gambar seksi yang dikaitkan dengan dirinya.

Namun berani kerana benar dan Emma tidak menunggu lama untuk menjawab tentang penularan foto seksi tersebut. 

Menurut Emma, dia tiada masa untuk melayan perkara tidak berfaedah seperti itu bahkan turut menempelak individu yang begitu gigih menyunting gambarnya semata-mata untuk mendapatkan perhatian ramai. 

Sejak membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab, Emma tidak henti-henti dikecam dan diasak dengan pelbagai komen negatif daripada netizen. – MHE TV

Iklan