Hiburan Trending Video

[VIDEO] Gosip cinta dengan Sule, Baby Shima jawab!

Baby Shima merupakan salah seorang penyanyi kelahiran Malaysia yang kini berjaya mengukir nama di negara seberang selepas menyertai program nyanyian D’ Academy Asia musim ketiga di Jakarta, Indonesia dua tahun lalu.

Mengikat kontrak dengan syarikat rakaman gergasi, Nagaswara, penyanyi bertubuh kecil molek ini memilih untuk mengembangkan kerjaya nyanyian di sana sekali gus berpangkalan di negara republik itu.

Namun, gosip terbaharu yang singgah di pendengaran MHE TV ialah tentang keakraban Baby Shima dengan pelawak, penyanyi, pelakon dan hos popular Indonesia, Sule. Apa pula hubungan sebenar di antara mereka, jom dengar penjelasan Baby Shima. – MHE TV

Iklan
Ruang komen