Hiburan Trending Video

[VIDEO] Guna kain batik mak sebagai ‘turbow’

Penampilannya menjadi perhatian. Meskipun banyak mata yang memandang, dia tidak ambil kisah. Wanita muda yang baru sahaja dilantik sebagai Pengurus Besar FashionValet ini, nyata seorang yang berani mengambil risiko dalam berfesyen.

Nadia Alisya Nurzuhdy yang sebelum ini tinggal dan bekerja di luar negara selama 10 tahun, mula menggayakan turban unik ini sejak kembali bekerja di Malaysia.

“Bukan senang untuk kelihatan ‘berbeza’ daripada orang lain. Melalui turban yang saya gelar sebagai ‘turban bow’ atau ‘turbow’ ini, gaya penampilan saya menjadi perhatian.

“Saya menerima pelbagai reaksi. Ada yang suka, puji namun ada juga pandang pelik dengan turban ini. Namun saya tidak kisah.

“Masa mula-mula nak pakai turban, saya pernah menggunakan kain batik mak. Mengamuk juga la mak saya tetapi lama-lama saya dapat mencari fabrik terbaik untuk membentuk ‘turbow’ yang sempurna di kepala,” katanya.

Jom kita dengar temubual bersama wanita stylo ini! –MHE TV

Ruang komen