Presiden Mahkamah Konstitusi Chile, Ivan Arostica rebah di atas jalan dan cedera di bahagian pipi kiri akibat diserang sekumpulan penunjuk perasaan, baru-baru ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas sesi pendengaran awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia terhadap defendan yang melakukan penculikan dan pembunuhan semasa era diktator mendiang Augusto Pinochet.

Lapor agensi berita antarabangsa, hakim tersebut turut diterajang, ditumbuk serta dibaling botol oleh para penunjuk perasaan.

Mereka dikatakan bertindak sedemikian sebagai tanda bantahan pemberian hak mendapatkan parol atau pengampunan bagi pesalah yang ditahan di penjara Punta Peuco.

Khabarnya, penunjuk perasaan dipercayai anggota sebuah organisasi hak asasi manusia dan kenalan rapat kepada keluarga mangsa pembunuhan semasa era pemerintahan Pinochet yang berkuasa dari 1973 hingga 1990.

Berdasarkan laporan, lebih 40,000 orang terbunuh atau hilang tanpa jejak sepanjang pemerintahan diktaktor itu. -MHE TV

Sumber gambar: 24.horas

Iklan