Dek kerana tampil dengan imej botak, pelakon baharu Harris Annuar, 25, sering dilabel ‘samseng’ namun kalau anda adalah pengikut setia laman Instagramnya pasti tahu sifat sebenar pelakon itu yang dianggap sebagai ‘anak emak’.

Sama ada tentang imej botak mahupun sifat manja dengan ibunya yang diperkatakan ramai, Harris sentiasa positif dengan setiap pandangan netizen terhadapnya.

Dalam masa yang sama, Harris mahu mengembangkan lagi kerjaya seni selepas lakonannya dalam drama ‘Isteri Bukan Untuk Disewa’ mendapat pujian netizen.

Pada gadis-gadis di luar sana, kalau nak mendekati Harris ni, korang sebenarnya kena la pandai ambil hati ibunya terlebih dahulu. – MHE TV

Iklan