Misteri kehilangan seorang wanita warga emas dari Thailand 12 Jun tahun lalu terjawab apabila dia ditemui berada di China hujung bulan lalu.

Difahamkan, mangsa yang mahu melawat anak lelakinya di wilayah Chiang Rai, Thailand tersesat selama lapan bulan dan terpaksa berjalan kaki sejauh 640 kilometer sehingga ke China.

Walhal, rumah warga emas itu sebenarnya tidak jauh dengan jarak rumah anak lelakinya.

Memetik laporan berita antarabangsa, mangsa bernama Kaeomanee Arjaw, 59.

Dia yang disahkan menghidap dementia, berjaya dijumpai oleh polis China di Kunming, selatan China.

Sejurus itu, polis China telah menghubungi Konsulat Thailand sebelum diserahkan untuk tindakan lanjut.

Menurut Kaeomanee, pada hari kejadian dia keluar rumah untuk berjumpa dengan anak lelakinya.

Dia turut menceritakan bahawa tidak nampak kelibat sebarang kereta sepanjang perjalanannya itu.

Khabarnya, wanita berkenaan hanya terus berjalan tanpa arah tuju dan meminta makanan digerai tepi jalan yang dilaluinya, dedah pegawai imigresen Thailand di Chiang Rai, Kolonel Aekkorn Butsabarbodin.

Turut dilaporkan, wanita terbabit mengalami pengurangan berat badan sebanyak 20 kilogram.

Selepas urusan dokumentasi, Kaeomanee akhirnya pulang ke negara asal bersama seorang anak perempuannya, Jumaat lalu.-MHE TV

Sumber: Daily Mail

Iklan