Trending Tular Video

[VIDEO] “Ibu pergi kerja?…Huaaa”

Telatah seorang kanak-kanak di sebuah taska yang memulakan sesi persekolahan semalam tular dalam media sosial kerana berjaya mencuit hati netizen.

Kanak-kanak yang dipanggil ‘Abang’ itu meminta cikgunya menelefon ibunya kerana mahu pulang ke rumah.

Setelah diberitahu cikgu bahawa panggilan tersebut tidak dijawab oleh si ibu yang sedang bekerja, Adam terus menangis dengan kuat.

Gelagat dan perbualan Adam dengan cikgunya itu membuatkan netizen terhibur. – MHETV

Iklan
Ruang komen