Trending Video

[VIDEO] Ifan (vokalis Seventeen) mohon doakan isteri dan rakan-rakan selamat

Bencana tsunami yang melanda Banten, Jawa dan Lampung Selatan, Sumatera, Indonesia semalam turut membabitkan kumpulan Seventeen ketika sedang membuat persembahan di sebuah majlis di Tanjung Lesung. 

Terdahulu Ifan berkongsi khabar duka di mana pemain bass kumpulan itu, Muhammad Awal Purbani atau dikenali sebagai Bani dan pengurus mereka, Oki Wijaya telah terkorban dalam kejadian tersebut. 

Sejam yang lalu pula, Ifan memaklumkan di Instagram miliknya bahawa dua lagi rakannya iaitu Herman Sikumbang (gitaris) dan Ujang (krew) sudah kembali ke rahmatullah. 

“Insya Allah Eman sama Ujang ditempatkan Allah disisiNya yang paling mulia,” luah Ifan.

Sementara itu, Ifan dalam video yang dimuat naik di Instagram miliknya, meminta orang ramai terus mendoakan agar semua mangsa cepat ditemui.

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Seventeen, Andi Windu Darmawan (pemain drum) serta isteri Ifan, Dylan Sahara masih belum ditemui. 

Jumlah korban dalam kejadian tsunami di Selat Sunda yang terjadi pada Sabtu semalam itu sehingga kini meningkat kepada 168 orang manakala 745 orang cedera dan 30 orang masih hilang. – MHETV

Sumber video: Instagram Ifan Seventeen

Iklan
Ruang komen