Trending Tular Video

[VIDEO] ILP mohon maaf sikap biadap pegawai tendang motosikal

Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Zainudin Ahmad memohon maaf atas tindakan tidak wajar pegawainya yang menendang motosikal pelajar dan penjaga sehingga terbalik.

Katanya, tindakan itu menimbulkan keadaan tidak selesa kepada ibu bapa pelajar yang berurusan dengan ILP.

“Saya serta pihak pengurusan ILP Kota Bharu ingin memohon maaf atas tindakan tidak wajar oleh pegawai tersebut hingga menimbulkan keadaan tidak selesa kepada ibu bapa pelajar yang berurusan.

“Saya akan memastikan perkara tersebut tidak akan berlaku pada masa akan datang demi imej dan integriti ILP Kota Bharu serta JTM sebagai institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara yang terunggul,” seperti dilaporkan Kosmo Online.

Tambahnya, perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Malaysia (JTM) untuk tindakan lanjut.

Semalam, tular video menunjukkan seorang pegawainya bersikap biadap dengan menendang tiga buah motosikal yang diletakkan di perkarangan surau ILP sehingga terbalik.

Tindakan pegawai itu diselar netizen dan menuntut pihak ILP mengambil tindakan tegas ke atas pegawai berkenaan. – MHE TV

Ruang komen