Alahai dik, tu kat dalam ada ‘dashcam’ dok tengah rakam kamu sedang cabut ‘wiper’ kereta! Hmmm…mana mahu lari, you punya muka sudah tular, ‘standby’ kena angkut la lepas ni…

Motif sebenar lelaki ini yang bertindak mencabut ‘wiper’ di sebuah SJKC di Melaka semalam masih menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan khabarnya seorang guru bernasib baik kerana berjaya merakam wajah si pelaku menerusi kamera ‘dashcam’ yang dipasang pada bahagian cermin belakang kereta miliknya.

Selain ‘wiper’, lelaki dipercayai berbangsa Cina itu turut didakwa merosakkan kereta lain di tempat kereta sekolah terbabit.

Khabarnya, dia turut membakar sebatang pokok berhampiran kawasan parkir berkenaan.

Susulan kejadian itu, mangsa difahamkan telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.-MHE TV

Sumber video/gambar: Media sosial

Iklan