Meskipun pernah dikritik kerana memiliki ‘kening bersambung’, gadis kelahiran Amerika Syarikat (AS) ini membuktikan pada dunia bahawa dia mampu bergelar ‘supermodel’.

Apa yang diperkatakan oleh Sophia Hadjipantelise sebelum ini ternyata menjadi realiti apabila dia kini semakin dikenali ramai.

Di samping itu, model berkening unik ini secara tidak langsung mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap ‘kening bersambung’ tidak boleh kelihatan cantik seperti orang lain.

Ternyata, semua tanggapan itu sama sekali meleset apabila Sophia membuktikan dia berada sama tinggi bersama model terkemuka dunia yang lain.

Siapa sangka kening bersambung yang dimiliki model wanita ini menjadi ikutan ramai dalam satu komuniti maya yang diasaskan sendiri olehnya melalui laman instagram ‘#unibrowmovement’. – MHETV

Sumber video/gambar: Reuters & Facebook Sophia Hadjipantelise

Iklan