Trending Tular Video

[VIDEO] Ini baru namanya ke laut…

Tular di laman Facebook sejak semalam perkongsian daripada seorang wanita dikenali sebagai Ruhana Sarimi yang memuat naik video sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terkandas dan tenggelam di sebuah pantai. 

Kejadian difahamkan berlaku di Pantai Tanjung Lumpur, Kuantan. 

Paparan video menunjukkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton hampir tenggelam sepenuhnya dipercayai kerana ombak besar dan air pasang. 

Sementara itu, Timbalan Pengarah JPBM Pahang, Mohd Sani Harul memaklumkan, kejadian itu sebenarnya berlaku pada Isnin lalu.

10 anggota dan dua jentera ditugaskan ke tempat kejadian bagi melancarkan operasi mengeluarkan kenderaan berkenaan.- MHETV 

Kredit:  @malaysiaonenews

Iklan
Ruang komen