Bukan yang pertama, bukan juga yang kedua tapi sudah berkali-kali kita dengar kisah curang pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang juga suami kepada Bella Astillah.

Ibarat tiada erti sesal, Aliff menerima kecaman hebat warganet yang menyatakan sokongan padu terhadap isterinya yang telah beberapa kali ‘ditipu’ dan dipermainkan.

Namun Aliff yang juga bapa kepada seorang anak secara eksklusif kepada MHE TV berkata, sekarang adalah fasa paling getir yang dia lalui sepanjang 28 tahun hidup.

“Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang.

This is the toughest phase of my life but insya-Allah,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff enggan meneruskan perbualan tersebut dan meminta ruang kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan.

“Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang,” katanya lagi.

Semalam sekali lagi nama Aliff terpalit kontroversi apabila gambar tidak senonoh bersama gadis bawah umur tular dan menggemparkan industri hiburan tanah air.

Kru MHE TV menerjah ke sebuah hotel di ibu kota yang dipercayai menjadi tempat berlindung pelakon itu setelah gambar tersebut tersebar.

Menurut sumber, hotel tersebut merupakan lokasi ‘persembunyian’ Aliff untuk 10 malam berturut-turut bermula 13 Mei lepas.- MHE TV

Iklan