Hiburan Trending Video

[VIDEO]  #INI2018 Saksi perkahwinan selebriti popular

Perkahwinan artis terkemuka negara sering menjadi perhatian masyarakat.  Dari awal tahun, hingga penghujung Disember ramai artis Malaysia yang mendirikan rumah tangga.  Jadi jom kita imbau perkahwinan artis sepanjang tahun 2018

1. Yuna  & Adam Sinclair (26 Januari)

Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, selamat bergelar isteri kepada pengarah video, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, dengan sekali lafaz pada jam 7 malam, 23 Januari lalu.

Pengurusan Yuna menerusi kenyataan media memaklumkan, pasangan itu dinikahkan Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang berwalikan ayahnya, Datuk Mat Zara’ai Alias, pada majlis yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush itu berkenalan dengan suaminya yang juga adik pelakon, Ashraf Sinclair, ketika menjayakan sebuah iklan pada awal 2013. Hubungan mereka mulai rapat pada 2015.

2. Nonny Nadirah & Mustain Adnan (18 Mac)

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Nonny Nadirah, selamat bergelar isteri kepada penolong penerbit Media Prima Berhad (MBP), Mustain Adnan, jam 11.30 pagi pada tarikh 18 Mac yang lalu.

Mengenakan busana pernikahan serba putih rekaan pereka fesyen Dwen Raha, majlis akad nikah dikendalikan oleh Pegawai Agama Istana Negeri merangkap jurunikah, Imbran Angun berwali hakim.

Nonny turut menerima mas kahwin RM100

3. Fizi Ali & Shakilla Khoriri (18 Februari )

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dan pelakon Shakilla Khoriri yang telah sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz pada jam 10.37 pagi, 18 Februari lalu.

Majlis pernikahan yang diadakan di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall itu menyaksikan pasangan tersebut diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon.

Pada majlis itu, Shakilla menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki, selain menerima mas kahwin sebanyak RM300. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan. Fizi yang ditemui berharap semua peminatnya dan Shakilla mendoakan kebahagian dan ikatan perkahwinan mereka kekal hingga jannah.

4. Dynas Mokhtar & Syazrik Din ( 21 April )

Pelakon Dynas Mokhtar selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 35, berlangsung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 10.50 pagi pada tarikh 21 April.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Dynas iaitu Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad dengan mas kahwin RM1,001.

Pelakon drama Susuk itu menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.

5. Nadia Aqilah &  Saiful Ridzuan (23 April )

Siapa sangka dalam diam-diam pelakon, Nadia Aqilah Baijuri selamat bergelar isteri kepada seorang pemuzik, Saiful Ridzuan dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat, 20 April tahun ini.

Majlis penikahan pasangan ini telah berlangsung di kediaman keluarga Nadia di Batu Pahat, Johor.

Pelakon yang cukup berbakat ini sememangnya jarang bercerita tentang kisah peribadinya namun dia telah mula berkongsi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinannya di Instagramnya untuk tatapan peminat-peminat.

6. Rody Kristal & Nur Izwani Azman ( 28 April )

Gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody selamat bergelar suami kepada pengaja gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan pada tarikh 28 April 2018.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Nur Izwani, 31, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak pada majlis yang diadakan di Hotel Kulai, Johor.

Pada majlis itu, Rody, menyediakan mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

7. Datuk A. Aida & Ariff Aziz (21 Julai)

Produser Datuk A. Aida sah bergelar isteri kepada aktor Ariff Aziz selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta.

Memilih tarikh 21 Julai, pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah kira-kira pukul 8.55 malam di Hotel Dorsett Grand dan majlis itu turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat serta media.

8. Tasha Manshahar & Fahrur Raqib Abdul Majid (8 September)

Penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, pada 8 September lepas.

Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, dan pasangannya itu dinikah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Manshahar Abdul Jalil, 59.

Pernikahan pasangan itu disaksikan bapa saudara pengantin perempuan, Mohd Hasnan dan rakan bapanya, Ustaz Mansur Saman. Tasha menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin, seutas gelang dan lima dulang hantaran dan manakala Raqib menerima tujuh dulang hantaran.

9. Ben Ali & Nadiyah Shahab (10 November)

Pasangan pelakon, Nadiyah Shahab dan Ben Ali selamat melangsungkan pernikahan di The Ballroom at East Coast, Singapura pada November lalu.

Nadiyah menerima wang hantaran berjumlah RM45,000 selain menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pengantin lelaki selain menerima mas kahwin berupa cincin berlian.

Tidak lagi aktif dalam dunia lakonan, Ben Ali menjelaskan, dia tidak akan menghalang atau memberi kekangan kepada isterinya untuk terus berkecimpung dalam dunia lakonan.

10.  Natasha Hudson & Noor Nashriq Sekarnor (8 Disember)

Natasha Hudson sah bergelar isteri kepada usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor selepas selamat diijabkabulkan tepat pukul 8.30 malam, 8 Disember lalu.

Ini merupakan perkahwinan keempat buat Natasha Hudson dan beliau mengesahkan sudah berpisah dengan suami terakhirnya Carleed Khaza atau Khalid Kamal sekitar September 2018 lalu.

11. Kaka Azraff & Adam Azriff (14 Disember)

Kaka Azraff telah diijabkabulkan dengan seorang usahawan, Adam Azriff  dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Klang.

Majlis yang berlangsung sekitar pukul 10 malam 15 Disember, pasangan tersebut dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka, Nor Izam Aminuddin dengan mas kahwin RM300.

Tahniah MHE TV ucapkan kepada semua mempelai, semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia ke akhir hayat. Selamat menjalani ibadah rumah tangga. -MHE TV

Ruang komen