Otak letak kat lutut kot. Dah jelas tertera gambar menunjukkan bilik itu untuk kegunaan menukar lampin bayi tapi kau sesuka hati pergi mandikan anjing pula. 

Itu antara reaksi marah pengunjung media sosial sebaik satu rakaman video memaparkan seorang wanita sedang memandikan anjing di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan.

Difahamkan, rakaman video yang tular sejak kelmarin itu dirakam oleh seorang pengguna lebuh raya yang singgah di R&R itu.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi itu berjaya dirakamkan secara langsung menerusi laman Facebook. 

Khabarnya, si perakam bertindak merakam gelagat wanita itu sebaik terdengar rungutan daripada tukang cuci yang tidak berpuas hati selepas bilik itu digunakan untuk memandikan anjing.  

Malangnya, teguran itu tidak diendahkan dan wanita itu beredar tanpa rasa bersalah sambil berkata “anjing bukan kotor pun”. 

Selepas kejadian itu, individu yang merakamkan video berkenaan bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Susulan itu, PLUS menerusi web rasminya memaklumkan bilik tersebut sudah disamak dan dibersihkan serta-merta.

PLUS turut meluahkan rasa kesal tindakan wanita terbabit yang dianggap tidak sensitif dan kurang kesedaran sivik. 

Dalam perkembangan sama, PLUS menegaskan haiwan peliharaan dilarang sama sekali memasuki kawasan R&R di sepanjang lebuh raya.-MHE TV

Ruang komen
Iklan