Ingat tak di awal babak filem berjudul Train to Busan yang ditayangkan di layar perak sekitar tahun 2016 lalu. Ia menunjukkan seorang pemandu van secara tidak sengaja telah terlanggar seekor rusa.

Lepas haiwan itu dilanggar, ia kemudian hidup semula dan difahamkan menjadi punca kepada penularan jangkitan wabak yang menyebabkan sebahagian rakyat di Korea Selatan bertukar menjadi zombie.

Ingat, babak ini hanya dalam filem sahaja dan tidak berkait langsung dalam kehidupan sebenar.

Tapi, baru-baru ini wujud satu dakwaan mendedahkan penularan sejenis penyakit digelar zombie telah membunuh beberapa ekor haiwan di Amerika Syarikat(AS).

Secara saintifik penyakit yang dikenali Chronic Wasting Disease (CWD) telah menyebabkan kematian beberapa spesies rusa di 24 buah negeri di AS termasuk dua buah daerah di Kanada.

Penyakit zombie didakwa telah membunuh beberapa ekor haiwan di Amerika Syarikat(AS).

Memetik laporan DailyStar, punca kematian haiwan disebabkan serangan penyakit ganjil tersebut pada bahagian otak, saraf tunjang dan tisu badan.

Haiwan yang dijangkiti penyakit zombie ini turut menunjukkan simptom-simptom tertentu seperti hilang berat badan, terlebih agresif dan kurang bergerak.

Apa yang membimbangkan, penyakit yang baru dikesan ini berpotensi untuk menjangkiti manusia. Itu pengakuan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Jangkitan Penyakit dari Universiti Minnesota, Michael Osterhold.

Beliau menjangkakan, wabak zombie ini akan menyerang manusia pada beberapa tahun akan datang.

Biarpun ia dianggap kes terpencil, Osterhold menyarankan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak dijangkiti penyakit tersebut.

Tambahnya, penyakit berkenaan boleh menjangkiti manusia menerusi pemakanan daging rusa. Ia tidak mustahil boleh terjadi kerana purata rakyat di AS memakan 150, 000 ekor daging haiwan itu setiap tahun.-MHE TV

Iklan