Trending Video

[VIDEO] Jangan malukan kaum Adam bro…

Itulah antara reaksi para pelayar di laman Facebook sebaik sahaja menonton satu rakaman video yang tular sejak pagi tadi. Ia mengisahkan tentang seorang ‘jejaka berkain pelekat’ dengan selambanya telah merembat sebatang pembersih cermin kereta.

Khabarnya, kejadian yang tidak diduga itu berlaku di sebuah stesen minyak di daerah Ketereh,Kelantan.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu, memaparkan gelagat pemuda berkenaan (memakai baju T berwarna hitam dan berkain pelekat) datang ke stesen minyak terbabit untuk mengisi minyak kereta Perodua Kancil miliknya.

Sambil isi minyak, pemuda terbabit mengambil pembersih cermin itu lalu mencuci bahagian tepi keretanya buat seketika. Setelah berbuat demikian, dia bagaimanapun tidak meletakkan pembersih cermin tersebut di tempat yang disediakan. Sebaliknya, dia membuka pintu lalu menyimpan barang kepunyaan stesen minyak berkenaan di dalam keretanya.

Apa yang pasti, tindakan pemuda itu menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak di laman sosial tersebut.-MHE TV

Ruang komen