Trending Video

[VIDEO] Jenayah-jenayah kejam angkara dadah

Dadah bukan sahaja memberi kemudaratan kepada penghisapnya tetapi boleh mendatangkan bahana kepada orang sekeliling.

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes jenayah kejam yang pelakunya terlibat dengan dadah sehingga timbul perasaan marah, geram dan sedih.

Ada yang sanggup menyeksa bayi, membunuh ahli keluarga sendiri dan pelbagai lagi jenayah kejam yang sukar diterima akal waras.

Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Mohd. Sa’ad yang dilaporkan Utusan Malaysia pada November lalu, mengakui dadah akan menyebabkan kerosakan fungsi otak penagihnya.

Kesan pengambilan berterusan dadah jenis Methamphetamin akan membuatkan penagih mengalami masalah mental sekali gus mengakibatkan kemurungan, kecelaruan tingkah laku dan hilang pertimbangan akal.

Bermula dari sini penagih akan mengalami halusinasi, delusi, paranoid selain berkelakuan ganas sehingga bertindak di luar kawalan.

“Banyak kes pembunuhan adalah disebabkan pengambilan syabu dan mereka bertindak demikian kerana mengalami halusinasi apabila mendengar bisikan suara atau ternampak sesuatu yang sebenarnya tidak wujud di alam realiti sehingga sanggup mencederakan diri sendiri atau mereka yang rapat dengannya sekali pun mangsa itu hanya seorang bayi,” katanya.- MHE TV

Ruang komen