Menerusi video yang dimuat naik di Facebook miliknya, vokalis kumpulan Bumiputera Rockers (BPR), Joey berkongsi detik-detik terakhir sebelum vokalis kumpulan Melissa, Ustaz Radzi dilaporkan meninggal dunia, malam tadi.

Rakaman video tersebut menunjukkan detik cemas ketika Allahyarham rebah semasa membuat persembahan lagu pertamanya berjudul Kami Mat Rock di program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd. Radzi Abdul Hamid, 52, merupakan orang terakhir menjayakan persembahan dan berada di atas pentas Panggung Anniversari, KL itu sekitar pukul 10.30 malam.

Namun selepas beberapa ketika berada di atas pentas, Allahyarham rebah dalam keadaan bersujud dan disahkan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen oleh pasukan perubatan yang memberi bantuan.

Status yang dikongsi Joey di Facebook miliknya.

Jenazah Allahyarham yang diiringi dua anaknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat. – MHE TV

Sumber video: Facebook Joey BPR 

Iklan