Buka komputer pagi terbaca satu pendedahan oleh sebuah media tempatan terhadap cara mudah untuk menjana pendapatan. Tak sampai 20 minit, seorang gadis berusia 18 tahun dibayar upah sebanyak RM80.

Wah! Ini sudah banyak untung…

Mesti ramai tertanya-tanya, apakah tugasan yang dilakukan gadis tersebut?

Ini yang tak syok nak cerita, tapi atas kesedaran MHE TV perlu sampaikan juga kerana kerja ini sebenarnya salah di sisi undang-undang serta moral kita sebagai rakyat Malaysia.

Menerusi pendedahan media terbabit, kerja upah ‘lumayan’ itu ialah perkhidmatan ‘phone sex’.

Di laman Twitter baru-baru ini, kecoh disebabkan status dipercayai seorang gadis menawarkan perkhidmatan ‘mengerang’ dan ‘layanan suara berahi’ dengan bayaran RM80 bagi 20 minit panggilan telefon.

Pelik juga kan, gadis ini langsung tidak menjaga aibnya dan menawarkan servis terbuka di platform media tersebut.

Perkhidmatan ‘phone sex’ itu hanya akan dilakukan sebaik sahaja pelanggan memindahkan wang ke dalam akaun gadis terbabit. Usai itu, dia akan menelefon pelanggan menerusi aplikasi Telegram servis ‘mengerang’ atau ‘layanan suara berahi’.

Korang tau tak, pelanggan gadis ini bukan calang-calang tau. Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja profesional seperti doktor, pensyarah dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, servis gadis ini bertaraf ‘international’ selain pelanggan tempatan.

Bayangkan, nun jauh dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura dan banyak lagi rupanya dah melanggan servis mengerang gadis terbabit.

Dengar jugalah cerita, gadis ini turut menawarkan servis baik lain iaitu panggilan video kepada pelanggannya. Tapi, harga ditawarkan agak mahal dan boleh mencecah RM150. Bagaimanapun, katanya remaja ini telah menghentikan perkhidmatan panggilan video atas sebab faktor keselamatan.

Seperti biasa, kalau perkara tular dan pelik sebegini akan muncul pelbagai komentar yang boleh membuatkan seseorang bernanah telinga jika mendengarnya.

Perihal perkara, seorang pengguna media sosial telah mengutarakan pendapatnya mengenai perniagaan ‘asyuk’ awal tahun 2019 ini. Ia berbunyi begini:

“Aku amik masa 2, 3 hari nak siapkan lukisan dengan harga RM70. Ini jual servis moan (mengerang) pun dah sama rega (harga) dengan lukisan aku. Lief iz not fairrrhrhrhehrh! (Hidup ini tidak adil) Hahaha”.-MHE TV

Iklan