Trending Tular Video

[VIDEO] Kah! Kah! Kah! satu Malaysia kena ‘troll’ tonton cicak sedang ‘berasmara’

Siapalah punya kerja ni, sanggup pula memanipulasi berita sahih menjadi segmen lawak jenaka.

Iskh..iskh..iskh.. kesian dekat pembaca berita ni tau. Disebabkan penyebaran berita palsu ini boleh dikatakan ramai jugalah pengguna media sosial tertipu sekali gus, percaya bulat-bulat terhadap satu klip video yang tular baru-baru ini.

Isu ini mendapat perhatian ramai sebaik sahaja satu sedutan video memaparkan laporan berita dari sebuah stesen televisyen tempatan.

Difahamkan, laporan berita bertajuk ‘Tindakan Berbogel Tular di Media Sosial’ tular selepas ia dimuat naik di laman Twitter.

Video 1 minit 8 saat itu memaparkan seorang pembaca berita melaporkan tentang perbuatan tidak senonoh dua individu yang menimbulkan kemarahan pengguna media sosial.

Bagaimanapun, pada minit ke 15 saat muncul paparan yang menggelikan hati dipercayai telah disunting daripada laporan berita sebenar.

Tepuk dahi MHE TV sebaik saja melihat kemunculan dua ekor cicak sedang ‘berasmara’. Sesiapa yang pernah menonton video ini memang kena ‘troll’ habis.

Mana tidaknya, tak keluar langsung ‘footage’ mengenai kisah yang disampai oleh pembaca berita terbabit. Sebaliknya, hanya paparan dua ekor cicak yang sedang melakukan perbuatan tidak senonoh.

Kah! Kah! Kah!-MHE TV

Iklan
Ruang komen