Bila mengacarakan sesuatu program secara langsung, sekiranya berlaku apa-apa semasa rancangan sedang bersiaran, pengacara harus bersikap profesional.

Menerusi video yang dimuat naik pengacara dan pelakon Yana Samsudin menerusi Insta Story dalam Instagram miliknya, berlaku kejadian lucu sewaktu siaran langsung program CJ Wow Shop.

Di dalam video itu, kelihatan pengacara Ameera Zaini dan Fiza Frizzy tetap meneruskan program walaupun banner besar yang berada di bahagian belakang mereka terjatuh.

Yana Samsudin

Yana yang kebetulan melihatnya, memuji sikap profesional kedua-dua pengacara tersebut walaupun kejadian yang berlaku tersangat lucu.

“Kalau I dah gelak besar beb!! Korang teror!

“Respek! @ameerazaini @fizafrizzy @cjwowshop. Dugaan cari rezeki!!” tulis Yana.

Tapi kan, min pun boleh tergelak besar bila tengok video ni. Respeklah kat pengacara! -MHE TV

Iklan