Lifestyle Trending Video

[VIDEO] Kalau nampak kejadian seperti ini, datanglah tolong – Iman Wan

Menguruskan anak-anak autisme bukan mudah. Hanya yang melaluinya sahaja akan benar-benar faham kepayahan berdepan cabaran membesarkan dan mendidik anak istimewa.

Namun bagi bekas komposer, Iman Wan, 52, dan isterinya, Norhaida Hasan, 45, dikurniakan anak autisme adalah amanah Allah yang tetap digalas dengan seikhlasnya dan penuh rasa tanggungjawab.

Anak kedua mereka, Adam Wan, 16, yang disahkan menghidap ASD dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak usia dua tahun itu bukanlah penghalang untuk pasangan ini memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian buat Adam.

Semalam, video berdurasi satu minit yang dikongsikan Iman Wan dalam Instagram miliknya ketika berhadapan dengan kejadian di mana Adam mengalami meltdown sekali lagi menarik perhatian netizen.

“Saya boleh fokus untuk tenangkan Adam bila ada yang datang tolong. Jadi, jika anda ternampak kejadian seperti ini lagi, datanglah beri bantuan sekurang-kurangnya untuk tolong pegang Adam terutamanya jika saya tiada di tempat kejadian.

“Isteri saya sudah pasti perlukan bantuan ekstra,” tulisnya.

Iman Wan dan isterinya juga selalu berkongsi panduan bagaimana mengendalikan anak-anak austime setiap kali mengalami tantrum atau meltdown di tempat awam mahupun di rumah.

Kebanyakan perkongsian yang dimuat naik di laman sosial mereka menunjukkan cabaran keluarga itu menjaga Adam. – MHE TV

Ruang komen